PARIS – Sebuah hasil karya bernilai 1.5 euro (AS$1.6 juta) ditemui selepas dipercayai tertinggal dalam sebuah teksi di sini.
Peniaga seni di Perancis yang tidak dikenal pasti oleh polis telah membuat laporan polis selepas mendapati karya seni yang dimasukkan di dalam bonet sebuah teksi tertinggal pada Khamis lalu.
Ia adalah karya Concetto Spaziale (konsep Spatial) oleh pelukis kelahiran Itali, Lucio Fontana yang meninggal dunia pada tahun 1968.
Ketika kejadian, peniaga itu sedang dalam perjalanan ke galeri seni di Paris.
Beliau kemudian cuba menjejaki teksi berkenaan tetapi gagal menyebabkan laporan polis dibuat pada Sabtu lalu, menurut laporan Le Parisien.
Pemandu teksi itu telah menyerahkan hasil seni itu semalam.
Fontana menghasilkan siri abstrak yang mewujudkan satu dimensi ruang sebenar dengan menggunakan cahaya.
Artis yang menjadi terkenal kerana mempelopori gerakan khusus, yang dipanggil seni dunia sebagai bidang sains dan teknologi, menurut Galeri Tate. – MalaysiaGazette