Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipeluk Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk S eri Ahmad Shabery Cheek pada Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef di Pulau Kapas, Terengganu hari ini.

MARANG – Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini hadir ke satu majlis yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Pulau Kapas.

Kehadiran Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang itu disambut dengan pelukan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Abdul Hadi datang dengan topi yang biasa digunakan penduduk tempatan di Terengganu itu juga bersarapan dengan Ahmad Shabery dan nelayan di kawasan berkenaan.

Orang ramai dan pegawai kerajaan yang hadir juga turut mengambil kesempatan bergambar dengan pemimpin daripada Kesatuan Ulama Dunia itu.

‘Kemesraan’ Abdul Hadi dengan pimpinan kerajaan terutama UMNO itu dilihat salah satu pendekatan budaya politik matang sejahtera yang diperkenalkannya dalam Pas sekarang.

Sebelum itu, Abdul Hadi beberapa kali hadir dan duduk semeja dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah Abdul Hadi juga menjadi saksi majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Jabatan perikanan Malaysia dan Petronas sempena majlis Pelancaran Rig To Reef berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast