Pengguna jalan raya ke Lojing-Pos Blau-Kuala Betis terkandas akibat banjir lumpur.

KUALA LUMPUR – Banjir lumpur yang berlaku di daerah pedalaman Gua Musang, Kelantan pagi tadi menyebabkan laluan ke Jalan Lojing-Pos Blau-Kuala Betis ditutup kepada semua laluan.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang memberitahu, air melimpahi jalan berkenaan sepanjang 100 meter sedalam kira-kira dua meter.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 pagi tadi di lokasi kedai makan Pos Blau menghala ke Lojing.

“Berikutan hujan lebat itu, lumpur dari ladang berhampiran melimpahi sepanjang kira-kira 100 jalan raya yang menyebabkan laluan itu terpaksa ditutup kepada semua kenderaan,” katanya.

JKR bagaimanapun, tidak menolak banjir lumpur itu berpunca daripada pembukaan kawasan untuk perladangan tanpa kawalan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast