Shan Saeed

KUALA LUMPUR – Pembatalan perjanjian jualan kepentingan Bandar Malaysia kepada konsortium IWH CREC Sdn. Bhd. untuk projek Bandar Malaysia adalah satu keputusan korporat.

Lantas ia tidak memberi kesan signifikan ke atas ekonomi Malaysia.

Ketua Ekonomi IQI Holdings, Shan Saeed berkata, ternyata keputusan TRX City Sdn. Bhd adalah keputusan komersial yang dilakukan secara terus terang.

Beliau yakin kerajaan tidak sukar mendapat tawaran luar yang lebih baik untuk Bandar Malaysia berdasarkan kedudukan geografi negara dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Pembatalan itu tidak ada impak ke atas ekonomi negara secara dasarnya, umum perlu faham pelabur melihat keyakinan dan kepastian ekonomi dalam dasar-dasar kerajaan. Ekonomi tidak berfungsi dengan melihat kepada pembolehubah mikro tunggal, tiada apa-apa di dunia ini berfungsi secara berasingan.

“Sebaliknya, ekonomi interaksi dengan banyak pembolehubah, anda tidak boleh menggerakkan ekonomi seperti memetik piano yang mana anda menekan butang fiskal atau kewangan dan anda mendapat penyelesaian,” katanya kepada MalaysiaGazette yang diminta mengulas tentang pelbagai dakwaan umum yang mengaitkan pembatalkan itu dengan situasi ekonomi negara.

Jelasnya, pelabur jangka panjang global akan terus melabur seandainya Malaysia memenuhi kriteria utama iaitu dengan melihat imbangan kira-kira kerajaan, keyakinan ekonomi, agregat permintaan dan infrastruktur moden. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast