Orang ramai melihat cara-cara membuat tembikar yang terdapat didalam ruang gerai Ekspo Pemuda UMNO semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette ke Karnival WOW sempena sambutan ulangtahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 MEI 2017

KUALA LUMPUR – Ekspo Pemuda 2017 anjuran Pemuda UMNO yang bermula hari ini memberi manfaat kepada golongan muda dan pencari pekerjaan dalam mendapatkan maklumat terkini.

Selain itu, rata-rata pengunjung memuji penganjuran ekspo selama dua hari itu kerana ia turut menyediakan informasi berguna menerusi pameran hartanah, kemahiran dan keusahawanan yang boleh dimanfaatkan orang ramai.

Bagi Norliza Mat Husin, ekspo itu mendedahkan dirinya dengan pelbagai informasi untuk mencari pekerjaan selepas baru tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara, Arau di Perlis.

“Memang berbaloi datang ke ekspo hari ini walaupun hari ini cuti umum yang mungkin ada beranggapan lebih baik berehat di rumah sahaja.

“Namun apa yang saya perolehi di luar jangkaan selaian peluang pekerjaan, maklumat tentang informasi menjadi usahawan dan pinjaman perniagaan turut didedahkan,” katanya wanita berusia 24 tahun itu.

Pengunjung, Norliza Mat Husin ditemuramah ketika tinjauan Karnival Wow sempena Sambutan Hari UMNO ke-71 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 MEI 2017.
Norliza Mat Husin. foto HAZROL ZAINAL, 10 MEI 2017.

Turut kelihatan kelibat pelari pecut 100 meter negara, Khairul Hafiz Jantan, 19, yang berkunjung ke Ekspo Pemuda 2017.

“Sebenarnya saya ada sesi rawatan pemulihan di Bukit Jalil ini dan mengambil peluang datang kerana terdapat promosi kain rentang mengenai ekspo ini dan Karnival Wow.

“Apa yang menarik, ia satu pengalaman baharu kerana terdapat gerai kraftangan membuat tembikar secara langsung yang selalunya hanya dapat dilihat di kaca televisyen.

Atlit Kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan ditemuramah ketika tinjauan Karnival Wow sempena Sambutan Hari UMNO ke-71 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 MEI 2017.
Atlit Kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan ditemuramah ketika tinjauan Karnival Wow sempena Sambutan Hari UMNO ke-71 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 MEI 2017.

“Bagai saya, ekspo ini juga mendedahkan golongan muda denga informasi sektor rumah mampu milik manakala pameran latihan dan kerjaya pula akan memberi maklumat kepada orang ramai untuk mendapatkan peluang dalam pasaran pekerjaan,” katanya menarik perhatian pengunjung lain untuk bergambar.

Sementara itu, seorang bapa sanggup berkorban untuk tidak bekerja pada cuti umum semata-mata bagi menemani anak sulungnya mencari pekerjaaan di Ekspo Pemuda 2017 itu.

Pengunjung, Fauzi Osman ditemuramah ketika tinjauan Karnival Wow sempena Sambutan Hari UMNO ke-71 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 MEI 2017.
Fauzi Osman. foto HAZROL ZAINAL, 10 MEI 2017.

Bagi seorang pekerja operator sauh, Fauzi Osman berharap anaknya itu mendapat pekerjaan yang sesuai selepas baru tamat pengajian dalam Diploma Fisioterapi di Kolej Kesihatan Ramsay Sime Darby.

“Bagi saya, ekspo ini unik kerana merupakan platform sebagai pusat sehenti kepada pe­ngunjung di bawah satu bumbung apabila mereka didedahkan pelbagai maklumat dan memperoleh peluang dengan mudah apabila sesi temuduga terus dijalankan pada hari ini juga,” katanya yang datang awal pagi dari Bestari Jaya bersama isteri dan empat anaknya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast