Exco Pemuda UMNO, Dazma Shah Daud ditemuramah ketika tinjauan tinjauan Ekspo Pemuda UMNO pada Karnival WOW sempena sambutan ulangtahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Ekspo Pemuda 2017 yakin mencapai kehadiran lebih 100,00 pengunjung selama dua hari berlangsung bermula hari ini.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dazma Shah Daud berkata, ini kerana ekspo itu menerima sambutan luar biasa hari ini apabila menerima kehadiran pengunjung bermula pukul 9 pagi biar pun ekspo itu mula dibuka pukul 10 pagi.

Pengerusi Biro Pekerja Muda itu berkata, sehingga pukul 12 tengahari tadi, lebih 5,000 pengunjung telah hadir ke ekspo tersebut.

“Tarikan utama mungkin kerana lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Ekspo Pemuda 2017 membabitkan penyertaan hampir 100 syarikat.

“Terdapat syarikat yang mengambil bahagian juga memaklumkan akan menawarkan terus surat tawaran kerja kepada calon yang berjaya,” katanya kepada pihak media di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Antara syarikat yang menyertai expo itu ialah Prasarana Bhd, CIMB, SME Bank, Boustead Holdings Bhd dan Wedtports Malaysia Sdn Bhd..

Ekspo Pemuda 2017 anjuran Pemuda UMNO itu diadakan sempena Karnival Wow anjuran Media Prima Berhad.

Orang ramai kelihatan hadir ke Karnival WOW sempena sambutan ulangtahun UMNO ke 71 semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 MEI 2017
Orang ramai kelihatan hadir ke Karnival WOW sempena sambutan ulangtahun UMNO ke 71 semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 MEI 2017

Sementara itu, Dazma memberitahu, syarikat terbabit akan menawarkan peluang pekerjaan dari pelbagai sektor seperti perakaunan, pengurusan, audit dan kejuruteraan.

“Ekspo ini akan berlangsung sehingga esok jadi saya mengajak kepada semua golongan muda dan pencari pekerjaan tidak lapisan bangsa dan agama untuk hadir ke sini,” katanya.

Selain pameran kerjaya, Ekspo Pemuda 2017 turut menawarkan pameran hartanah, peluang pembiayaan untuk usahawan dan latihan kemahiran.

Di samping itu, Karnival Wow itu turut menawarkan pelbagai program menarik buat belia dan keluarga.

Sebanyak empat gerai akan dibuka iaitu Laman Wow, Bananana! Land, Gelanggang Kita Juara dan Wow On Air yang akan menampilkan barisan artis popular antaranya Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Bell Ngasri dan Gambit Saifullah. – MalaysiaGazette

Orang ramai hadir ke Karnival Wow sempena Sambutan Hari UMNO ke-71 semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 MEI 2017.
Orang ramai hadir ke Karnival Wow sempena Sambutan Hari UMNO ke-71 semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 MEI 2017.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast