KUALA LUMPUR – Insiden cemas seorang wanita dijadikan tebusan dan diacukan senjata tajam sempat dirakamkan oleh orang awam.
Kejadian di Jalan Kolam, Luyang, Kota Kinabalu itu bagaimanapun berjaya ditangani oleh anggota polis sehingga tebusan dibebaskan kira-kira pukul 9.40 malam
Suspek yang dipercayai memecah masuk rumah mangsa berjaya ditahan selepas kira-kira dua jam insiden itu berlaku.
Suspek sebelum itu dikatakan memecah masuk rumah keluarga mangsa. – MalaysiaGazette