SEATTLE – Boeing Co menggantung sementara ujian penerbangan pesawat 737 MAX yang baharu kerana isu enjin.
Model pesawat itu dibangunkan bersama General Electric Co dan Safran SA Perancis.
Keputusan itu dibuat dalam tempoh terdekat sebelum Boeing dijadualkan membuat penghantaran pertama pesawat 737 MAX kepada sebuah syarikat penerbangan.
Penangguhan itu tidak melibatkan keselamatan penumpang kerana pesawat tersebut belum diterbangkan. Tetapi kelewatan itu bermakna akan melibatkan kos yang lebih mahal.
Penghantaran tepat pada masanya adalah penting bagi setiap syarikat penerbangan untuk mendapat sebahagian besar daripada bayaran kapal terbang apabila ia diserahkan kepada pembeli.
Boeing dan CFM, pembuat enjin berkata, mereka tidak tahu berapa lama kelewatan akan mengambil masa.
Pesawat 737 MAX menggantikan model lama pesawat lorong tunggal Boeing yang mendapat jualan terbaik,
Pesawat 737 MAX 8, model pertama menawarkan 162 tempat dengan dua kelas. Ia dijual pada harga AS$110 juta. – MalaysiaGazette