Suasana di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71.

KUALA LUMPUR – Kini sedang berlangsung sambutan Ulang Tahun ke-71 UMNO secara besar-besaran di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sambutan malam ini mencatat sejarah baharu parti dengan kehadiran hampir 100,000 pesert yang boleh dianggap sambutan paling besar pernah dianjurkan dalam sejarah parti.

Ulang tahun ke 71 UMNO dimulakan dengan ceramah agama bersempena Nisfu Syaaban yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Datuk Badlishah Alauddin.

Malah sembahyang maghrib disempurnakan secara berjemaah dan diimamkan sendiri oleh Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan turut disertai oleh lebih 500 pelajar tahfiz.

Gimik perasmian sambutan pada tahun ini menyaksikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan membawa masuk bendera Sang Saka Bangsa yang telah `mengelilingi’ seluruh negara sejak bulan lalu sejak awal bulan ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dijangka menyampaikan ucapan perasmian pada sesi kemuncak sambutan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast