WANGSHINTON- Donald Trump pernah bertanyakan Pengarah FBI yang kini dipecat, James Comey di tiga acara berbeza sama ada beliau merupakan sasaran dalam penyiasatan badan tersebut berhubung campur tangan Rusia semasa kempen pilihanraya presiden yang lalu.
Presiden Amerika Syarikat itu sedar bahawa isu Rusia bermain-main difikirannya semasa mengambil keputusan memecat Comey yang ketika itu mengetuai siasatan terhadap pengaruh Rusia semasa pilihanraya 2016 yang lalu.
“Apabila membuat keputusan tersebut saya berbicara dengan sendiri, saya tahu anda tahu mengenai hal Rusia ini dengan Rusia adalah sebuah cerita rekaan,” katanya semasa tembubual dengan NBC.
Menurut Trump, beliau telah bertanyakan Comey sama ada beliau merupakan subjek kepada siasatan agensi perisikan tersebut- dua kali perbualan berkenaan dilakukan menerusi panggilan telefon dan sekali semasa makan malam di White House.
“Saya sebenarnya ada bertanyakan beliau sama ada saya mungkin sedang disiasat?
“Jawabnya, “Tidak, anda bukan berada dalam siasatan,” jelas Trump.
“Apa yang saya boleh katakan, saya bukan di bawah siasatan. Saya secara peribadi tidak bercakap mengenai kempen, saya tidak bercakap tentang perkara lain. Saya tidak termasuk di dalam siasatan,” tegasnya.
Presiden-presiden Amerika biasanya sukar untuk mengelak dakwaan campur tangan mahu pun memberi komen terhadap siasatan yang sedang dijalankan kerana FBI biasanya tidak pernah mengesahkan kewujudan mereka.
Pakar undang-undang terkenal, Laurance Tribe memberitahu AFP sekiranya Comey menjawab soalan Trump, beliau telah melanggar peraturan Jabatan Keadilan dan “mungkin tidak bertanggung jawab, tidak beretika dan tidak profesional semasa mengendalikan situasi tersebut.”
Trump semasa makan malam tersebut turut berbincang dengan Comey sama ada pegawai polis tertinggi itu boleh kekal di dalam jawatannya dan meneruskan tempoh perkhidmatan selama 10 tahun lagi.
Menurut Tribe, bertanyakan soalan tersebut sebenarnya adalah “menghampiri rasuah atau setidak-tidaknya telah menghalang keadilan” yang mana Comey merupakan orang yang bodoh sekiranya menerima tawaran tersebut.
White House bagaimanapun tidak menganggap tawaran tersebut adalah salah.
“Saya tidak melihat ia sebagai konflik kepentingan,” kata jurucakap White House, Sarah Huckabee Sander.-MalaysiaGazette