Keadaan runtuhan struktur bangunan yang sedang dibina di Jalan Kia Peng.

KUALA LUMPUR – Sebahagian struktur di tingkat lapan bangunan yang sedang dibina di Jalan Kia Peng di sini runtuh pukul 5 petang tadi mengakibatkan tiga pekerja cedera.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, runtuhan itu menyebabkan struktur binaan di bawahnya turut roboh hingga ke tingkat tiga.

Katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLCC diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Syed Nor Kamal Syed Nor Hussin digerakkan ke lokasi.

Bagaimanapun, sebaik tiba, tiga mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital dan tahap kecederaan mereka masih belum diketahui.

“Anggota membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa lain terbabit dalam kejadian itu dan kawasan runtuhan selamat,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan awal mendapati struktur pembinaan berkeluasan kira-kira 148 meter persegi itu runtuh berikutan binaan konkrit dan alang bangunan yang tidak kukuh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast