Alice Fisher antara calon ditemuduga bagi jawatan Pengarah FBI yang baharu. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump akan mengumumkan pengganti baharu Pengarah Biro Siasatan (FBI) Persekutuan selewat-lewatnya minggu depan.

Beliau berkata, nama pengganti James Comey akan diumumkan pada hari Jumaat sebelum beliau mengadakan lawatan pertama ke luar negara.

Peguam bela, Alice Fisher adalah calon pertama yang telah ditemuduga oleh Jabatan Keadilan, menurut media negara itu.

Pemangku Pengarah FBI, Andrew McCabe dan beberapa nama lagi dijangka bertemu dengan Pendakwa Raya Jeff Session dan timbalannya, Rod Rosentein pada hari ini.

Seramai 11 nama telah disenaraikan untuk menggantikan Comey yang dipecat oleh Trump.

Nama-nama itu akan disahkan oleh Senat.

Trump kini berhadapan dengan kritikan kerana memecat Comey yang menyiasatnya berhubung campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast