AMLA MACC Senior Enforcer US$6.94 million MEIO Hasanah case item Eric Chang 4 years old boy murder

MUAR –  Seorang peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis pada Mac tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Hairul Fazli Mokhtar, 36, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Runcit Toh, No. 2 Bawah, Jalan Bukit Treh di sini pada kira-kira 3 petang, 3 Mac tahun lepas mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Anggota keluarga tertuduh termasuk isterinya yang hadir di mahkamah dilihat mengesat air mata sepanjang prosiding itu manakala tertuduh kelihatan lemah di kandang tertuduh.

Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut.

“Tiada alasan munasabah untuk mengatakan bahawa dadah kanabis berkenaan bukan milik tertuduh. Tertuduh gagal mematahkan anggapan pemilikan,” katanya.

Sebanyak enam saksi pihak pendakwaan dan dua saksi pihak pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Tertuduh diwakili peguam Lydiana Mansor manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast