Antara aksi yang ditunjukkan oleh Pawang Online, Azaiscaflee Zainal Abidin ketika ditemubual oleh wartawan Malaysia Gazette di Lake Field Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 12 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Dia digelar oleh rakan-rakannya sebagai Pawang Online kerana dikatakan mampu menghalau ‘hantu’ baik secara berdepan dengan pesakit atau sekadar menggunakan gambar mangsa dalam aplikasi WhatsApp.

Malah percaya atau tidak Aizaiscaflee Zainal Abidin, 43, sudah banyak memulihkan pesakit dan tugas sebagai perawat diakui oleh mereka yang pernah berubat dengannya.

Lelaki berasal dari Puchong dan membahasakan dirinya sebagai Tok itu mendakwa mampu membuang sihir melalui cara yang sama.

“Tok boleh scan (imbas) pakai tangan dalam badan orang sama ada hantu atau tidak kemudian tarik dan buang,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Gazette baru-baru ini.

Berperwatakan seperti orang muda, Aizaiscaflee tidak mengenakan pakaian seperti seorang pawang atau ustaz sebaliknya, selesa dengan hanya memakai seluar dan berjaket jeans.

Menceritakan teknik yang digunakan, dia memberitahu, tidak menggunakan sebarang ramuan untuk mengubati pesakit seperti amalam ruqyah dan jampi.

Katanya, dia hanya yakin dengan sepotong ayat al-Quran daripada surah Hud bagi mengesan makhluk halus yang mengganggu pesakitnya.

“Tidak ada barang saya guna untuk menghalau hantu atau membuang sihir ini. Cukup hanya menggunakan ayat-ayat al-Quran.

“Saya cuma perlukan gambar orang yang terkena sihir itu untuk diimbas bagi mengetahui ‘hantu’ yang mengganggunya.

“Saya boleh nampak makhluk itu di dalam gambar yang dihantar,” kata bapa kepada lima orang anak itu yang juga menjual minyak urut daripada belut yang dinamakan Minyak Ajaib Caflee.

Antara aksi yang ditunjukkan oleh Pawang Online, Azaiscaflee Zainal Abidin ketika ditemubual oleh wartawan Malaysia Gazette di Lake Field Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 12 MEI 2017
Antara aksi yang ditunjukkan oleh Pawang Online, Azaiscaflee Zainal Abidin ketika ditemubual oleh wartawan Malaysia Gazette di Lake Field Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 12 MEI 2017

Menurutnya, isterinya juga ada kebolehan mengesan kehadiran makhluk halus kerana setiap kali berdepan dengan ‘hantu’ kaki isterinya akan bergegar.

Bercakap mengenai kebolehannya itu, dia mendakwa tidak pernah belajar atau berguru dengan sesiapa untuk mendapatkan ilmu tersebut.

Sebaliknya, dia yang merupakan bekas penjual sate berkata, ilmu tersebut datang sendiri setelah dia mengalami penyakit santau angin sebelum ini hingga keadaannya terlalu teruk.

“Saya sakit teruk dan berhabisan wang berubat tapi tak sembuh sehingga saya belajar dan amal ayat-ayat al Quran sehingga pulih dan dapat anugerah ini,” katanya.

Pada pertemuan dengan Malaysia Gazette, Aizaiscaflee turut menunjukkan ketahanan tubuhnya yang tidak cedera selepas dibakar dengan menggunakan pemetik api selepas menggunakan Minyak Ajaib ciptaannya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat pawang online ini mereka boleh menghubungi talian  011-3393 9934.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast