PUTRAJAYA – Malam tadi, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0  (ABPBH3.0) berlangsung meriah dengan tema futuristik  di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pelbagai gaya selebriti boleh lihat ketika golongan artis dan selebriti berjalan acara karpet merah anugerah tersebut.
Masing-masing tidak mahu kalah untuk tampil cantik dan kacak mengikut tema.
Tema futuristik dipilih bagi menggambarkan perubahan teknologi yang mempengaruhi kehidupan manusia.
Elemen futuristik dalam bidang seni merujuk kepada karya dihasilkan daripada ledakan teknologi dan trending di laman sosial, namun masih mengangkat nilai estetika dan identiti diri.
Jom kita layan aksi lensa yang sempat dirakam oleh jurukamera di karpet merah ABPBH3.0 itu. – MalaysiaGazette