Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan methamphetamine ke dalam badan, enam tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan methamphetamine ke dalam badan, enam tahun lalu.

Mamat atau namanya, Mohd. Ali Kamarudin, 39, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Aisyah Ahmad.

Noor Aisyah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 selain turut memerintahkan Mamat menjalani pengawasan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun dan dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mamat didakwa memasukkan dadah berbahaya ke dalam badannya di pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, pada kira-kira 3.30 petang, 21 Mac 2011. – MalaysiaGazette.