Gara-gara mereka cerita kononnya diculik, peniaga dalam talian diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan.

IPOH – Seorang peniaga dalam talian diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Batu Gajah menjalani hukuman penjara tiga bulah kerana mengada-adakan cerita kononnya dia diculik ketika menghantar barangan kepada pelanggan.

Majistret Mohd. Fitri Sadaruddin memerintahkan hukuman penjara terhadap Nurfauzilah Ariffin, 39, berkuatkuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 9 Mei lalu.

Tertuduh merupakan isteri seorang anggota polis berpangkat koperal di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak mengaku bersalah mengada-adakan cerita kononnya diculik di Taiping pada 3 Mei lalu.

Kes penculikan wanita itu sebelum ini tular di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast