Zainul Rijal Abu Bakar
Zainul Rijal Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Pandangan Datuk Zaid Ibrahim yang menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dianggap sebagai tersasar dan tidak berpaut kepada perlembagaan negara.

Perkara itu ditegaskan Presiden Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang memberitahu perlembagaan Malaysia tidak sekular namun lebih bersifat hibrid atau unik.

Ini kerana katanya, Islam diletakkan sebagai agama Persekutuan dengan peruntukan-peruntukan tertentu dan pada masa sama menetapkan kebebasan beragama untuk penganut bukan Islam.

“Ada elemen-elemen tentang Islam dalam perlembagaan. Kalau sekular kesemua keistimewaan kepada agama (Islam) itu akan diketepikan di dalam perlembagaan,” katanya yang dipetik dari sebuah laman portal.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan ahli DAP itu yang menyatakan pemimpin sebuah negara berbilang bangsa dan agama perlu mempertahankan institusi dan undang-undang sekular.

Tambahnya, syor Suruhanjaya Reid bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tidak boleh menjejaskan sifat sekular negara yang akhirnya ditolak.

Beliau berkata, persetujuan yang dicapai ialah Islam adalah agama Persekutuan di dalam perlembagaan serta hak kaum lain untuk mengamalkan agama mereka.

Ujarnya, apa saja rujukan atau usul membabitkan terma sekular di dalam perlembagaan ditolak, sekali gus membuktikan perlembagaan negara tidak bersifat sekular. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast