Penyanyi terkenal, Ella membuat persembahan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 14 MEI 2017

KUALA LUMPUR – Penerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, Ella akan kembali ke Singapura untuk mengadakan konsert istimewa pada Julai ini.

Kemunculan Ella itu pasti mengubat rindu para peminatnya di negara jiran tersebut selepas kali kali terakhir membuat persembahan di republik itu kira-kira sedekad lalu.

Ella, 51, berkata, konsert meraikan tiga dekad kariernya itu akan diadakan di Esplanade.

“Sudah pasti saya tidak sabar untuk mengadakan konsert di sana kerana ia adalah sejarah peribadi buat saya. Pasti konsert ini memberi pengalaman yang luar biasa selepas mengharungi karier seni selama 30 tahun dan diberi peluang beraksi di Singapura.

“Lebih istimewa, saya akan menggunakan khidmat pengarah muzik, Mac Chew kerana kami hanya sekal pernah bekerjasama untuk projek album,” kata pemilik nama sebenarnya, Norzila Aminuddin

Kali terakhir Ella muncul dalam konsert berskala besar pada Konsert Ella 2016 di Stadium Malawati, Shah Alam dekat pada tahun lalu.

Jelas Ella, dia akan mendendangkan lagu yang dipetik daripada album terbaharu yang dijangka dipasarkan selepas Aidilfitri pada konsert di Singapura itu nanti.

“Single terbaharu berjudul Ku Sedia merupakan ciptaan Omar K akan turut didendangkan nanti,” katanya tersenyum pada ABPBH3.0 malam Ahad lalu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Kepada peminat yang ingin menyaksikan konsert Ella di Singapura boleh layari www.esplanade.com. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast