Datuk Seri S. Subramaniam

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menyifatkan dua doktor gigi haram yang beroperasi secara haram di negara Kuala Nerus, Terengganu sebagai penjenayah.

Kata beliau, dua doktor palsu yang menyediakan perkhidmatan rawatan gigi secara tidak sah tanpa kelulusan kerajaan patut dikenakan hukuman yang berat.

“Mereka tidak mendaftar di bawah Majlis Pergigian Malaysia (MPM) dan dikasifikasikan sebagai penjenayah.

“Polis harus mengambil tindakan tegas dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan bagi 37 pelajar India Cemerlang SPM dan 12 pelajar STPM 2016 di Dewan Netaji, Ibu pejabat Pusat MIC di sini.

Beliau mengulas kenyataan Jabatan Kesihatan negeri itu mengenai penahanan dua kes doktor gigi haram yang menawarkan rawatan pergigian secara haram di Kuala Nerus, Terengganu pada tahun ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci mengenai tarikh dua doktor gigi haram itu ditahan polis.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan KKM tidak dapat mengambil tindakan ke atas dua doktor gigi palsu itu kerana mereka tidak mendaftarkan diri dengan KKM.

“Penjenayah sebegini polis yang bolah menghukum mereka, KKM tidak boleh bertindak kerana mereka tidak mendaftarkan diri sebagai pengamal pergigian yang bertauliah dengan kami.

“Kami sedia memberi kerjasama dengan polis dalam kes ini, dan kami mahu penjenayah itu dihukum tegas,” tegasnya lagi.

Beliau berkata, sejak 2015 sehingga sekarang, empat kes doktor gigi palsu haram dikesan dan diambil tindakan termasuk dua kes tahun ini