Suasana tegang kembali tenang selepas pelakon veteran Mat Over yang menampar pengarah terkenal David Teo berbaik dan bersalaman bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50 ) bersama Segmen Penggiat Seni (Budayawan) di Seri Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – “Ini bukan gimik saya dan Rosyam. Saya mahu tanya kenapa asyik bagi peluang bahagian depan sahaja.

“Tiba-tiba Mat Over datang dan terus tumbuk saya di dahi sampai cermin mata saya tertanggal dan jatuh atas KP Finas,” kata penerbit filem, David Teo.

Walaupun ditampar, katanya, beliau tidak menyimpan sebarang rasa dendam malah memaafkan pelakon yang nama sebenarnya Sulaiman Yassin itu.

“Saya maafkan Mat Over, tak ada dendam supaya laluan mudah ke akhirat nanti,” katanya.

Insiden David dilempang itu berlaku ketika berlangsungnya Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri – Segmen Penggiat Seni di Seri Perdana.

 

Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba apabila Mat Over meluru dari tempat duduknya ke arah David dengan memberi amaran jangan bersikap kurang ajar di depan perdana menteri.

Pelakon Mat Over dan pengarah terkenal David Teo berdamai selepas tercetusnya kekecohan pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50 ) bersama Segmen Penggiat Seni (Budayawan) di Seri Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2017.
Pelakon Mat Over dan pengarah terkenal David Teo berdamai selepas tercetusnya kekecohan pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50 ) bersama Segmen Penggiat Seni (Budayawan) di Seri Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2017.

Mengulas lanjut, David berkata, setakat ini keadaan dahinya okay.

“Tapi tak tahu balik nanti sakit atau tidak.

“Saya sebenarnya tidak kenal Mat Over dan tidak ada masalah dengan beliau,”

Sementara itu, Mat Over dalam reaksinya berkata, beliau tidak dapat menahan sabar apabila melihat David terjerit-jerit di hadapan perdana menteri.

“Semua orang nak tanya soalan kat PM. Rosyam cuba sedaya upaya layan semua orang. Dia nak marah Rosyam tu hal dia tapi bila dia jerit-jerit depan PM, Itu kurang ajar.

“Ini rumah PM. Kita datang rumah orang kenalah jaga adab. Itu yang saya hot tak tahan sabar,” katanya.

Rosyam pula berkata, beliau berasa sedikit kecewa dengan insiden tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast