NEW YORK – Anisakiasis, penyakit yang disebabkan oleh makan ikan yang tercemar atau makanan laut, semakin meningkat di negara-negara barat.
Penyakit itu disebabkan makan sushi dan ikan serta makanan laut mentah atau kurang masak yang kian popular, menurut laporan yang diterbitkan BMJ Case Reports.
Laporan itu turut mendedahkan pengalaman seorang lelaki berusia 32 tahun itu yang sebelum ini sihat telah mengalami sakit usus yang teruk – muntah-muntah dan demam selama seminggu sebelum dimasukkan ke hospital.
Dr. Joana Carmo, penulis dan pakar perubatan di Jabatan Gastroenterologi di Hospital Egas Moniz di Lisbon, Portugal yang membuat pemeriksaan fizikal terhadap lelaki itu menunjukkan ada kelembutan di bahagian abdomennya.
Keputusan makmal menunjukkan berlaku peningkatan sel-sel darah putih yang merupakan tanda jangkitan biasa.
Hasil siasatan terhadap pesakit itu mendapati lelaki berkenaan telah makan sushi.
Berdasarkan maklumat pemakanan ini, doktor beliau melakukan satu endoskopi gastrointestinal pada saluran penghadaman, menggunakan tiub fleksibel dengan cahaya dan kamera di bahagian hujung.
Prosedur itu mendedahkan usus membran yang bengkak dengan parasit melekat, akhirnya menembusi perut.
Para doktor terpaksa mengeluarkan larva cacing itu dengan menggunakan net khas.
Net itu biasanya digunakan untuk membuang polip daripada kolon atau benda-benda asing yang ditemui dalam saluran pencernaan – iaitu parasit, kata Carmo.
Analisis telah mendedahkan cacing itu adalah daripada anisakis genus.
“Anisakis boleh menjangkiti salmon, herring, ikan kod, ikan kembung, sotong, halibut dan ikan merah,” kata Carmo.
Selepas parasit dibuang daripada usus, gejala penyakit dapat diselesaikan.
“Beberapa dekad yang lalu, doktor tidak tahu jangkitan ini,” Carmo menulis dalam e-mel.
Kes pertama jangkitan manusia dengan anisakiasis berlaku di Belanda pada tahun 1960 dan ia disahkan sebagai “penyakit herring cacing.”
Sejak itu, kes-kes seumpama ini kerap muncul di banyak negara lain, terutamanya di Jepun kerana pengambilan ikan mentah yang kerap,” kata Carmo.
Selain Jepun, kes penyakit itu juga tinggi di Sepanyol.
Bagaimanapun, ia bukan penyakit berjangkit. – MalaysiaGazette