TOKYO – Kabinet Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Jumaat meluluskan rang undang-undang membenarkan Maharaja Akihito untuk turun takhta dan menyerahkan tugas baginda kepada Putera Mahkota Naruhito.
Langkah melepaskan takhta oleh Maharaja Jepun itu adalah yang pertama kali berlaku dalam tempoh 200 tahun, lapor agensi berita di negara berkenaan.
Kerajaan Jepun sebelum ini mempertimbangkan Disember 2018 sebagai tarikh Maharaja untuk turun takhta kerana pada ketika itu baginda akan mencecah usia 85 tahun.- MalaysiaGazette