Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima tepukan ketika pelakon veteran Mat Over dan pengarah terkenal David Teo berbaik dan bersalaman pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50 ) bersama Segmen Penggiat Seni (Budayawan) di Seri Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) menyifatkan insiden lempang pada yang berlaku dalam Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri menunjukkan sikap penerbit David Teo dan pelakon Sulaiman Yassin atau Mat Over belum matang lagi.

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, ini kerana kedua anak seni itu menunjukkan kelakuan tidak beradab dan berdisplin dalam majlis yang dihadiri pemimpin nombor satu negara.

“Ia adalah satu majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri, maka mereka haruslah menghormati majlis.

“Ini kerana mereka menjadi teladan kepada peserta dan anak anak muda lain serta bukannya melakukan tindakan tidak sopan di hadapan Perdana Menteri.

“Yang jelas, tindakan mereka itu mencemari majlis tersebut dan mencemari nama golongan penggiat seni lain,” katanya dalam satu kenyataan kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Malam Rabu lalu, Dialog TN50 bersama Datuk Seri Najib Razak kecoh selepas Mat Over menampar David di Perdana Menteri dan tetamu lain.

Insiden itu berpunca daripada penerbit filem itu meminta Rosyam memberi peluang kepada hadirin di bahagian belakangnya untuk mengajukan idea kepada Najib.

Namun Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar David ketika Rosyam membuka ruang kepada penerbit itu untuk melontarkan idea kepada Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast