Pengurus Besar Hotel Royal Kuala Lumpur, Sazrul Fadzil bergambar bersama Tengku Puan Sri Datuk Elena Tengku Kamarulzaman (empat kanan) dan Tan Sri Ng Yen Yen (tiga kanan) selepas selesai majlis Perasmian Preview Ramadan Citarasa Pantai Timur di Hotel Royal, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – Anda masih tercari-cari tempat berbuka puasa pada Ramadan ini?

Apa kata kali ini, anda memilih ke Hotel Royal Kuala Lumpur yang terletak di kawasan segi tiga emas di Bukit Bintang.

Apa tidaknya, buat julung kalinya, Hotel Royal tampil dengan buffet juadah berbuka puasa bertemakan Citarasa Pantai Timur.

Bufet ini menampilkan kombinasi menu masakan dari negeri-negeri di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu.

Pengurus Besarnya, Sazrul Fadzil berkata, istimewanya juadah itu akan disediakan oleh chef berpengalaman iaitu Rohani Mohd. Isa.

Jelasnya, wanita itu cukup terkenal dengan menu masakan Pantai Timur kerana sebelum ini menyediakan santapan Kerabat Diraja Kelantan.

Menu pencuci mulut yang disediakan pada Majlis Perasmian Preview Ramadan Citarasa Pantai Timur di Hotel Royal, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 APRIL 2017.

“Kami yakin dengan penampilan istimewa Chef Rohani yang akan menghidangkan juadah berbuka puasa sekaligus memberi pengalaman baharu dan luar biasa kepada cita rasa pelanggan.

“Ini kerana Chef Rohani bersama kumpulannya dan juga kakitangan dari Hotel Royal akan bekerjasama me­nyediakan masakan menggunakan segala rempah ratus terkenal dari Kelantan untuk di bawa ke hotel dan digunakan dalam masakan agar rasanya asli dan sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran juadah berbuka puasa hotel berkenaan di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar Hotel Royal Kuala Lumpur, Sazrul Fadzil.

Majlis diserikan oleh tetamu terhormat, Tengku Puan Sri Elena Kamarulzamandan dan Tan Sri Dr. Ng Yen Yen.

Majlis penuh tradisional itu turut mendapat tajaan Centrestage Vision Dynamic, Enigma Butik dan Akademi Arjuna Sukma Dikir Barat.

Sazrul menjelaskan, Hotel Royal akan menyediakan lebih daripada 100 menu kepada pelanggan yang mana 80 peratus daripada menunya dari Pantai Timur.

Antaranya adalah nasi kerabu, ayam percik, daging bakar, nasidagang gulai ikan tongkol, daging masak hitam, ekor sapi, tulang rawan, laksam berserta kuih-muih seperti taik itik dan akok.

“Sepanjang bulan Ramadan ini, harga untuk menikmati buffet tersebut ialah RM85 seorang. Bagaimanapun, jika tempahan dibuat mulai sekarang hingga tarikh mula berpuasa, pelangganhanya perlu membayar RM60 seorang,” jelasnya.

Menu pencuci mulut yang disediakan pada Majlis Perasmian Preview Ramadan Citarasa Pantai Timur di Hotel Royal, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 APRIL 2017.
Nasi Kerabu merupakan menu utama pada Majlis Perasmian Preview Ramadan Citarasa Pantai Timur di Hotel Royal, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 APRIL 2017.

Promosi berkenaan akan bermula pada 28 Mei ini hingga 23 Jun depan.

Sementara itu, sepanjang Ramadan ini, tetamu akan dihiburakn oleh penyanyi Ani Mayuni dan Kelly Azman sebelum dan selepas waktu berbuka puasa.

Mereka yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghubungi talian 03-2148 6888. – MalaysiaGazette

Antara menu yang disediakan pada Majlis Perasmian Preview Ramadan Citarasa Pantai Timur di Hotel Royal, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 APRIL 2017.
Artis tanah air, Ani Mayuni dan wartawan Kelly Azman bergambar bersama sajian yang terdapat pada Majlis Perasmian Preview Ramadan Citarasa Pantai Timur di Hotel Royal, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 APRIL 2017.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast