KUALA LUMPUR – Kejadian pemandu kenderaan terserempak dengan ‘hantu’ duduk di tengah jalan di Bukit Tunku baru-baru menjadi berita agensi berita antarabangsa.
DailyMail hari ini melaporkan video rakaman kejadian yang berlaku kepada Aswan Yap dan rakannya itu baru-baru ini.
Semasa kejadian Aswan memberhentikan kereta dan mengundur sebelum membuat pusingan u keluar daripada jalan tersebut.
Kawasan Bukit Tunku yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur itu dipenuhi rumah agam yang sesetengahnya didakwa berhantu.
Aswan mendakwa semasa kejadian kira-kira pukul 10 malam itu lampu kamera papan pemuka keretanya berkelip-kelip dengan sendiri.
“Saya takut dan tidak ada yakin ia hantu dan bila saya periksa sistem log kereta, ia memaparkan rekod berlaku kemalangan dan ia sangat menyeramkan,” ujarnya yang juga penulis dalam media berkaitan automotif.
Walaupun ramai mendakwa makhluk yang dilihat dan dirakamnya itu adalah orang yang menyamar untuk menyamun namun Aswan tetap tidak mempercayainya.
Sementara itu, selepas kejadian menimpa Aswan, ada beberapa kumpulan paranormal datang membuat tinjauan ke beberapa rumah agam di Bukit Tunku.
Kumpulan itu bagaimanapun ‘melarikan diri’ selepas salah seorang daripada ahlinya mendengar suara daripada rumah agam terbabit dan apabila diteliti ia perkataan mencarut dalam bahasa Tionghua.- MalaysiaGazette
Comments are closed.