KUALA LUMPUR – Bukan jual mahal pada mulanya namun pelakon Zamarul Hisyam ingin mencuba dahulu produk Kopi Padang.
Apatah lagi Zamarul, 46, adalah seorang penggemar kopi yang tegar. Pada masa sama, dia sering pengsan sebelum ini secara tiba-tiba hingga dinasihatkan oleh doktor agar berhenti minum kopi.
Namun suami kepada pelakon Diana Rafar itu mengalami perubahan mendadak selepas seminggu mencuba Kopi Badang.
“Sejak itu, saya tidak lagi mengalami pengsan tiba-tiba malah memiliki stamina yang luar biasa kerana saya juga kini aktif bersukan dalam berbasikal.
“Bagi yang aktif berbasikal, kadar denyutan jantung akan laju namun Kopi Badang ini berjaya mengimbanginya sekaligus membuatkan stamina saya bertahan lama.
“Selain itu, masalah pembuangan air besar menjadi lancar kerana masalah sembelit juga kembali pulih,” katanya.
Beliau ditemui pada majlis pelancaran Kopi Badang dan pelantikannya sebagai duta di Saloma Bistro di sini baru-baru ini.
Turut hadir, pengasas Kopi Badang, Azaha Beram.
Zamarul berkata, berdasarkan manfaat yang diperolehinya itu, dia bersetuju mengikat kontrak sebagai duta selama setahun.
Jelas bapa kepada tiga orang anak itu, dia hanya mahu berkongsi khasiat dan kebaikan Kopi Badang dan bukannya mementingkan bayaran sebagai duta itu.
Sementara itu, Azaha berkata, antara manfaat Kopi Badang adalah sesuai diminum oleh mereka yang bergantung kepada kekuatan dan penumpuan minda seperti pelajar.
“Secawan Kopi Badang akan dapat membantu menghilangkan rasa letih dan lesu,” ujarnya yang telah melantik Premier Victory Enterprise sebagai pengedar tunggal Kopi Badang.
Jelasnya, Kopi Badan adalah kopi pracampuran tiga dalam satu keluaran Al Mubarak Health Sdn Bhd dan 100 peratus kopi tulen bermutu.
Biji kopinya terpilih dan bergred tinggi dari Colombia serta tidak mengandungi sebarang bahan campuran tiruan seperti perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet tiruan dan kopi tiruan digunakan di dalam Kopi Badang.
“Kami sedang mencari stokis baharu dan pihak pengurusan menawarkan insentif insentif menarik kepada para stokis dan pengguna.
“Stokis yang berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan dalam masa tempoh bulan layak mendapat kereta sama ada Toyota Velfire,Mercedes Benz, Toyota Vios, Honda City, Perodua Axia dan juga Proton Saga.
“Untuk pengguna pulak, jika membeli sekurang-kurangnya 12 kotak Kopi Badang, mereka layak untuk menyertai cabutan bertuah dan hadiah yang ditawarkan seperti Perodua Axia , motorsikal, Iphone7 dan TV LED.
Kepada mereka yang berminat menjadi stokis boleh hubungi, Premier Victory Enterprise di talian 07232 6124, Hisham Nordin (0197792211) dan Kamarul Arief (0183885985).
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari Facebook Kopi Badang Official. – MalaysiaGazette