RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merasmikan Pusat Membenteras Ideologi Ekstremis Global (GCCEI).
Trump dan sejumlah pemimpin Islam melawat pusat yang berdinding tinggi dipenuhi skrin memaparkan aktiviti-aktiviti ekstremis dalam talian pada waktu sebenar.
Lebih 200 penganalisis data bekerja di hadapan komputer masing-masing, lapor Saudi Gazette
Trump dan Raja Salman meletakkan tangan masing-masing pada globe mini, menandakan perasmian pusat tersebut.
Pusat itu berperanan membenteras dan mengelak penyebaran ideologi ekstremis dengan mempromosikan kesederhanaan dan menyokong penyebaran dialog-dialog positif.
Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir berkata, negaranya mahu menghantar mesej kepada Barat bahawa dunia Islam ‘bukan musuh’ sambil menambah Riyadh merupakan penentang utama Daesh selepas AS.
Beliau berkata, Arab Saudi dan AS bersetuju untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan pengganas sepert Daesh.
“Tentera kita adalah yang kedua selepas tentera AS dalam perikatan antarabangsa menentang keganasan. Usaha-usaha ini akan mewujudkan perkongsian efektif antara dunia Islam dan Barat dalam menentang keganasan secara amnya,” katanya.
Pusat tersebut diwujudkan berikutan kerjasama antarabangsa dalam menghadapi ideologi ekstremis yang menjurus kepada keganasan, musuh nombor satu dunia.
- Ia ditubuhkan oleh beberapa negara yang memilih Riyadh sebagai ibu pejabatnya dalam menghadapi ideologi ekstremis dengan memantau dan menganalisis untuk menghadapi dan menghalangnya, bekerjasama dengan kerajaan dan organisasi bagi menggunapakai dan mempromosi budaya kesederhanaan.
-
Pusat itu ditubuh berdasarkan tiga teras am: menghadapi ekstremisme dengan kaedah intelektual, media dan perangkaan terkini.
-Pusat itu telah membangunkan teknik inovatif yang boleh memantau, memproses dan menganalisis ucapan-ucapan berbentuk ekstremis dengan tepat, semua pemprosesan dan analisis data dilakukan dalam tempoh tidak lebih enam saat apabila data atau ulasan disiarkan di Internet, yang mana tahapnya belum pernah dicapai sebelum ini dalam meghadapi aktiviti-aktiviti ekstremis dalam dunia digital.
-
Pusat berkenaan berfungsi menyangkal ucapan-ucapan berbau kebencian dan ekstremis selain mempromosikan konsep kesederhanaan, menerima yang lain, dan menghasilkan kandungan media untuk menghadapi kandungan pemikiran radikal dalam usaha menentangnya dan mendedahkan propagandanya.
-
Pusat tersebut membabitkan sejumlah pakar-pakar antarabangsa berhadapan dengan ucapan-ucapan ekstremis dalam semua dunia media tradisi dan elektronik.
-
Pusat itu beroperasi dalam bahasa dan dialek yang diguna dengan meluas. Model analitikal terkini digunakan untuk menjejaki platform media digital, kedudukan tumpuan sorotan esktremis dan sumber polarisasi dan aktiviti-aktiviti rahsia.
-
Ia merupakan pertama kali dunia bergabung untuk menghadapi ancaman ekstremisme, yang mendatangkan ancaman kepada masyarakat dan membahayakan mereka. Oleh itu, ia merupakan tugas pusat itu untuk menentang secara bersama-sama bagi melindungi masyarakat daripada bahaya.
-
Pemilihan (12) wakil Lembaga Pengarah dari negara-negara dan organisasi-organisasi lain menggambarkan kebebasan pusat itu berfungsi, bercirikan sistem tadbir urus yang menerapkan amalan terbaik pengurusan antarabangsa oleh organisasi antarabangsa utama yang membolehkannya berkecuali, fleksibel, efisyen dan telus dalam melaksanakan fungsi-fungsi pusat tersebut dan mencapai objektifnya. – MalaysiaGazette