Lapangan Gothenburg dikosongkan selepas sebuah beg dipercayai mengandungi bahan letupan ditemui. foto Agensi

STOCKHOLM – Lapangan terbang Sweden terpaksa dikosongkan selepas satu beg yang ditemui disyaki mengandungi bahan letupan.

Terletak di selatan bandar Sweden, Gothenberg, Lapangan Terbang Gothenberg-Landvetter ditutup bagi membolehkan polis menyiasat bungkusan yang mencurigakan.

Penerbangan pesawat terakhir yang bakal berlepas masih berada di landasan ketika itu.

Bercakap kepada media, Ketua Media bagi pengendali lapangan terbang itu, Swedavia berkata, pihaknya telah membuat pengumuman mengenai beg berkenaan tetapi tidak ada sesiapa yang tampil.

Pihak berkuasa yang membuat imbasan mendapati ada unsur-unsur bahan letupan di dalamnya.

Polis, katanya, telah menutup kawasan 200 meter dari beg berkenaan.

Pasukan polis dikerah ke lapangan terbang dan berada di sekitar lapangan terbang serta mengalihkan laluan trafik daripada kawasan tersebut.

Selepas diperiksa, barang yang ditemui dalam beg itu tidak mengandungi benda yang berbahaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast