Bangunan Bank Negara Malaysia.

KUALA LUMPUR – MBI International Sdn. Bhd. dan M Face International Sdn. Bhd. telah diletakkan dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia tidak mendapat kelulusannya dalam aktiviti yang dijalankan

Dalam notisnya, Bank Pusat itu berkata, senarai yang mengandungi nama syarikat-syarikat dalam laman sesawang adalah tidak disah atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan di bawah Bank Negara Malaysia.

Setakat ini, senarai itu mengandungi senarai 302 syarikat.

BNM berkata, senarai syarikat dan laman web tidak menyeluruh dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima olehnya.

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert untuk maklumat lanjut.

BNM melesenkan institusi kewangan iaitu bank-bank, syarikat insurans dan pengendali takaful serta pengurup wang, penyedia perkhidmatan kiriman wang dan pemborong mata wang (kini dikenali sebagai perniagaan perkhidmatan wang) di bawah undang-undang dan peraturan yang  ditadbir oleh BNM untuk menyediakan perkhidmatan kewangan di Malaysia. – MalaysiaGazette