Laporan daripada Marca dan Diario Sport turut mengesahkan ketiga-tiga mereka tidak mengalami sebarang kecederaan namun mengharungi pengalaman menakutkan.
Serangan bom itu telah menyebabkan seramai 22 orang termasuk kanak-kanak telah disahkan terbunuh dalam serangan itu, manakala 59 lagi cedera.
Guardiola dalam statusnya di laman Twitter melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu.
“Terkejut dan tidak percaya dengan apa yang berlaku malam ini. Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat.”