WASHINGTON – Presiden Donald Trump menggelar Kim Jong-un sebagai ‘lelaki gila senjata nuklear’.
Gelaran itu diberikan semasa perbualannya dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada April lalu, menurut laporan Washington Post.
Akhbar itu melaporkan, ia memperoleh transkrip perbulan itu, ketika Trump bertanya sama ada pemimpin Korea Utara itu stabil.
“Kim sedang bermain dengan bom-bom, permainannya. Otaknya tidak berfikir dengan baik dan ia boleh menjadi gila pada satu ketika.
“Semua roket beliau sedang terhempas. Itu berita yang baik. Kita tidak boleh membiarkan orang gila dengan senjata nuklear seperti itu. Kami mempunyai banyak senjata api, lebih daripada dia, 20 kali – tetapi kita tidak mahu menggunakannya,” kata Trump.
Media itu melaporkan bahawa kerajaan Filipina membuat transkrip panggilan Trump kepada Duterte pada 2 Mei. Ia diperolehi dokumen daripada seseorang yang tidak mahu dikenal pasti kerana kerajaan Filipina telah melabelkan transkrip sebagai “sulit” dan bukan untuk siaran awam .
Pegawai kanan Trump berkata, transkrip itu adalah tepat tetapi tidak mahu mengulas lanjut. – MalaysiaGazette