Salman Abedi

LONDON – Pengebom berani mati yang membunuh 22 orang di Manchester Arena merupakan bekas penuntut Universiti Salford.

Salman Abedi mengambil kursus perniagaan dan pengurusan pada tahun 2014.

Sumber berkata, suspek mengikuti pengajiannya untuk dua tahun pertama ijazah sebelum tersingkir.

Beliau sepatutnya menamatkan pengajiannya pada musim panas ini.

Dia tidak tinggal di kediaman universiti, tidak pernah ada sebarang masalah di sana dan tidak dalam radar untuk penjagaan pastoral atau sosial.

Pro Naib Canselor, Dr. Sam Grogan berkata, semua warga Universiti Salford terkejut dan sedih dengan kejadian itu.

“Kami telah menyediakan dan akan terus menyedia sokongan kepada semua pelajar dan kakitangan yang terlibat,” katanya.

Grogan menambah, universiti telah memindahkan semua warganya berikutan laporan bungkusa yang mencurigakan.

Penuntut dan kakitangan diperintahkan untuk meninggalkan tiga bangunan di kampus Peel Park tetapi ia dibuka semula tidak lama selepas itu.

Letupan di Manchester Arena itu turut menyebabkan lebih 100 orang diberi rawataan kerana cedera. – MalaysiaGazette