Home Dunia Pesawat China Eastern tergelincir akibat hujan lebat

Pesawat China Eastern tergelincir akibat hujan lebat

HONG KONG – Sebuah pesawat China Eastern Airlines terbabas dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong ketika hujan lebat pada pagi tadi.

Menurut pihak berkuasa lapangan terbang negara berkenaan, penerbangan MU765 telah tiba dari Nanjing dari selatan landasan kira-kira 10.30 apabila ia tergelincir.

Jabatan Kaji Cuaca Hong Kong telah mengeluarkan amaran ribut merah pada masa itu yang bermaksud hujan lebat melebihi 50 milimeter dalam masa satu jam.

Kira-kira pukul 11.30 pagi, amaran itu dinaik taraf kepada hitam dengan petujuk hujan melebihi 70 milimeter dalam masa satu jam.

Jurucakap Pihak Berkuasa Lapangan Terbang berkata, pesawat itu tergelincir tetapi berjaya berhenti di atas rumput di sebelah landasan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Akibat kejadian itu, operasi di landasan sebelah utara telah digantung, tetapi operasi landasan selatan kekal normal,” katanya.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast