JAKARTA – Pengebom berani mati yang menyerang bas terminal dekat Kampung Melayu di bandar raya ini telah mengorbankan tiga anggota polis.
Beberapa anggota polis dan orang awam cedera apabila dua pengebom melancarkan serangan di jalan raya yang terletak bersebelahan di stesen.
Letupan tersebut menimbulkan panik, menyebabkan orang ramai berkeliaran lari untuk menyelamat diri.
Serpihan badan manusia dan kaca bersepah di jalan raya, sejurus selepas serangan yang berlaku pada pukul 9 malam tadi.
Setakat ini, pihak berkuasa tidak jelas siapa di sebalik serangan itu tetapi Indonesia telah mengambil langkah keselamatan yang tinggi selepas beberapa serangan oleh militan.
Sementara itu, jurucakap polis, Setyo Wasisto berkata, dua pengebom terlibat dalam serangan itu.
Kedua-dua pengebom adalah lelaki.
Katanya, lima anggota polis dan lima orang awam cedera dalam kejadian tersebut.
Terminal bas itu adalah pusat hentian bagi bas mini dan pelbagai bas lain untuk penduduk tempatan. – MalaysiaGazette