MUMBAI – Brad Pitt memberatahu Shah Rukh Khan bahawa beliau tidak mampu membintangi filem Bollywood ketika mempromosikan filem baharu War Machine di Mumbai semalam, lapor AFP.

“Saya tidak akan berjaya di Bollywood kerana saya tidak boleh menari dan menyanyi,” kata pelakon Amerika Syarikat kepada para wartawan pada majlis yang turut dihadiri Khan di pusat kewangan India itu.

Khan membalas dengan memberitahu Pitt bahawa dia boleh mempelajarinya dengan mudah. “Kami boleh membuatkan seseorang menari. Saya baharu sahaja mengangkat lengan dan tidak melakukan apa-apa, itulah langkahnya,” kata pelakon yang dikenali sebagai King Khan.

Pitt yang baharu berpisah dengan Angelina Jolie tiba di India dari Jepun pada awal Rabu untk mempromosikan filem War Machine keluaran Netflix.

Beliau memegang watak Jeneral AS dalam filem peperangan yang akan ditayangkan bermula esok.

Ia merupakan lawatan bintang filem berprofil tinggi itu kedua ke India selepas beliau menemani Jolie ke negara itu untuk pengambaraan filem A Mighty Heart pada 2006.

Pada awal buan ini, beliau secara terbuka menyatakan tentang penceraian dengan Jolie, mengakui pengambilan minuman keras menjadi penyumbang kepada keruntuhan rumahtangganya.

Pitt memberitahu majalah GQ bahawa beliau kini menahan diri daripada mengambil minuman keras dan sedang menjalani terapi. Jolie, 41, memfailkan penceraian pada September, menyatakan tidak sehaluan. – MalaysiaGazette