FELDA

KUALA LUMPUR – Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) telah mencalonkan tiga orang individu untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV).

Menurut satu kenyataan di sini hari ini, calon-calon tersebut terdiri daripada ahli lembaga dan pengurusan kanan Felda sendiri.

“Pencalonan ini adalah untuk menjaga kepentingan Felda sebagai pemegang saham terbesar dalam FGV dan pada masa yang sama akan mengukuhkan kedudukan Felda dan menjaga kesejahteraan peneroka dan petugas dengan lebih baik.

“Felda juga berharap dengan pencalonan ini akan mengukuhkan lagi amalan tadbir urus korporat FGV.

“Calon-calon Ahli Lembaga Pengarah FGV ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Felda memegang 33.67 peratus kepentingan sekali gus menjadi pemegang saham terbesar FGV.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast