WANGSHINTON – Menantu Donald Trump, Jared Kushner dan duta Rusia ke Amerika Syarikat (AS) pernah berbincang mengenai kemungkinan untuk mengadakan satu saluran komunikasi rahsia dan selamat di antara pasukan transisi Presiden AS dan Kremlin menggunakan kemudahan diplomatik.
Menurut pegawai AS yang diberi taklimat terhadap laporan risikan tersebut, duta Rusia, Kislyak telah memberitahu orang atasannya di Moscow yang Kushner memberi cadangan tersebut semasa mesyuarat pada 1 atau 2 Disember lalu di Menara Trump.
Maklumat tersebut didapati selepas komunikasi berkenaan dipintas dan kini sedang diteliti oleh pegawai-pegawai AS.
Kislyak berkata, Kushner mencadangkan supaya mereka menggunakan kemudahan diplomatik Rusia di AS untuk berkomunikasi.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri penasihat keselamatan negara pertama, Trump, Michael Flynn.
White House bagaimanapun mendedahkan pertemuan berkenaan hanya berlaku pada Mac dan sekali gus menidakkan kepentingannya.
Namun individu-individu yang rapat dengan perkara tersebut berkata, FBI kini sedang mempertimbangkan pertemuan tersebut di samping mesyuarat-mesyuarat lain yang dihadiri oleh Kushner bersama seorang ahli perbankan Rusia merupakan perkara penting di dalam siasatan tersebut.
Kislyak dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan untuk membenarkan AS menggunakan saluran komunikasi Rusia di kedutaan atau konsulatnya kerana ia mempunyai risiko tinggi kepada Moscow serta pasukan Trump.
Tiada satu pun mesyuarat atau komunikasi yang melibatkan warga Amerika Syarikat di bawah pemantaua negara tersebut.
White House enggan member komen dan begitu juga dengan peguam Flynn.-MalaysiaGazette