Salman Abedi, pengebom yang melancarkan di Manchester Arena. foto Agensi

LONDON – Polis Britin mendedahkan gambar Salman Abedi pada malam beliau membunuh 22 orang dalam serangan di Manchester Arena dan percaya dia menyimpan alat peranti di sebuah kediaman di pusat bandar.

“Kami tahu salah satu tempat terakhir Abedi kunjungi adalah sebuah rumah flat di pusat bandar. Dari sana dia ke Manchester Arena,” kata Ketua Konstable Manchester Great, Ian Hopkins dan Neil Basu, Penyelaras Kanan Menangani Keganasan United Kingdom.

“Flat tersebut sangat relevan sebagai lokasi yang kami percaya boleh menjadi tempat pemasangan akhir peranti.”

Hopkins dan Basu berkata, mereka telah mengumpul maklumat penting mengenai Abedi, seorang rakyat Britain berusia 22 tahun yang dilahirkan oleh ibu bapa Libya.

Polis juga mengumpul maklumat bagaimana bom itu dibina, rakan-rakannya, sumber kewangan, tempat yang dikunjungi dan konspirasi yang lebih luas.

Walau bagaimanapun, pihak polis perlu maklumat orang ramai mengenai pergerakannya dari 18 Mei apabila dia kembali ke Britain.

Mereka berkata, siasatan melibatkan kira-kira 1,000 orang pegawai dan keutamaan menentukan sama ada lebih ramai orang yang terlibat dalam merancang serangan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast