ATHENS – Bekas Perdana Menteri Greece, Constantine Mitsotakismeninggal dunia awal hari ini. Beliau berusia 98 tahun.
“Beliau dikelilingi oleh orang-orang yang dia suka dan sayangkan beliau” ketika menghembuskan nafas terakhir,” menurut keluarganya dalam satu kenyataan.
Mitsotakis menjadi Perdana Menteri Greece pada tahun 1990-1993.
Dilahirkan pada bulan Oktober 1918 di Crete, Mitsotakis dipilih kali pertama ke Parlimen pada usia 28 sebagai ahli parti liberal.
Dengan ijazah undang-undang dan ekonomi, beliau telah memegang beberapa jawatan menteri sebelum menjadi pemimpin Parti Demokrasi Baru pada tahun 1984. – MalaysiaGazette