Pasukan penyelamat sedang mengusung seorang penonton yang cedera di Stadium Honduras. foto Agensi

TEGUCIGALPA – Sekurang-kurangnya empat terkorban dan 15 lagi cedera dalam rempuhan di Stadium Honduras yang menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak.

Kejadian itu berlaku sebelum perlawanan Liga Honduras yang menyaksikan pertembungan pasukan Motagua dan Progreso.

Polis berkata, beratus-ratus yang ghairan mahu menyaksikan pelawanan bola sepak cuba memasuki pintu pagar stadium yang sudah penuh sesak.

Stadium berkenaan hanya memuatkan 35,000 tempat duduk.

Bagi meredakan situasi itu polis melakukan semburan gas pemedih mata dan air ke arah orang ramai.

Tindakan polis itu menyebabkan orang ramai bertempiaran melarikan diri dan saling merempuh.

Mangsa yang mati akibat dipijak.

Dua meninggal dunia di stadium dan dua lagi mati di hospital, kata polis.

Stadium yang penuh sesak di luar kapasiti tempat duduk kerana terlalu banyak tiket telah dijual untuk perlawanan penamat musim, kata jurucakap polis, Luis Barahona. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast