Arsene Wenger dijangka kekal semusim lagi sebagai pengurus Arsenal dan dijangka menentukan masadepannya dalam mesyuarat bersaama Lembaga Pengurusan tertinggi esok. ESPN Sport

LONDON – Arsene Wenger akan menyertai mesyuarat lembaga pengurusan Arsenal pada Selasa ini bagi membincangkan mengenai masa depannya di kelab itu.

Ia dilihat sebagai usaha terakhir Pengurus The Gunners itu untuk menyelamatkan kariernya di Stadium Emirates menjelang musim depan.

Wenger juga dalam proses untuk memperbaharui kontrak bersama Arsenal untuk terus kekal semusim lagi di kelab itu.

Wenger sebagai membuktikan komitmennya selepas membantu pasukannya mencipta sejarah menjulang piala Emirates FA yang ke-13 pada Sabtu lepas.

Arsenal menewaskan juara EPL, Chelsea 2-1 untuk merangkul piala tertua di dunia itu.

Namun masih menjadi persoalan sama ada pengurus warga Perancis berusia 67 tahun itu akan meneruskan tugasnya sebagai Jurulatih Arsenal ekoran musim mengecewakan tetapi cipta kemenangan tumpaskan juara EPL.

Sebilangan besar penyokong setia Arsenal mengkritik kedudukan Wenger di kelab itu.

Wenger dalam satu wawancara bersama ESPN Sports menunjukkan kesetiaannya kepada Arsenal menerusi kemenangan piala FA yang ketujuh dibawah bimbingannya.

Sebelum ini Wenger menyatakan kekesalan terhadap sikap segelintir penyokong kelab itu yang mengecam di dalam dan luar kelab itu.

Wenger bercakap kepada BBC Sport berkata sikap tidak hormat yang ditunjukkan segelintir kecil penyokong itu menyebabkan dirinya ‘raa terhina’ dan tidak akan melupakannya.

Ada penyokong yang melancarkan protes mendukung kain banting dalam dua perlawanan EPL sebelum ini.

“Saya tidak peduli dikritik kerana kita dalam tugas awam tetapi rasa kurang hormat dalam peringkat tertentu adalah sangat terhina untuk saya.

“Saya percaya terdapat perbezaan antara mengkritik dan melayan dengan cara seorang manusia tidak harus menghadapinya dan saya tidak akan melupakannya,” katanya.

Wenger telah mencatat sejarah sebagai pengurus paling banyak menang Piala FA namun masih belum mengumumkan keputusan mengenai masa depannya.

Wenger diasak teruk apabila menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat keenam tujuh musim ini selain gagal layak ke kempen Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Ia menambah kemarahan penyokong setia Arsenal dan mendesak Wenger meninggalkan kelab itu yang diterajui selama lebih 22 musim.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast