BANGKOK- Thailand sedang mengintai peluang untuk memintas dominasi Singapura di dalam segmen penyelenggaraan, membaiki dan baik pulih pesawat dengan menaik taraf lapangan terbang era perang Vietnam menerusi peruntukan sebanyak $5.7 bilion.

Lockheed Martin Corp. Sikorsky Aircraft, sebuah syarikat terbaharu yang membuat kajian mengenai kemungkinan peningkatan dalam perbelanjaan MRO di Thailand berikutan cadangan untuk mengubah Lapangan Terbang Antarabangsa Tapao, kata Timbalan Ketua Setiausaha Lembaga Pelaburan negara tersebut, Ajarin Pattanapanchai.

Pada Mac, Airbus SE memeterai perjanjian dengan Thai Airways International Plc untuk menilai pembangunan kemudahan MRO pada lapangan terbang tentera berhampiran Bangkok.

“Singapura agak sesak sekarang terutama di dalam memenuhi permintaan syarikat-syarikat penerbangan di rantau ini terutama permintaan baharu daripada Myanmar, Vietnam dan Kemboja.

“Disebabkan kami mempunyai kekuatan sedia ada di dalam bidang automotif dan kejuruteraan, Thailand akan menjadi pilihan kedua untuk menjadi hab MRO,” katanya lagi.

Projek itu merupakan sebahagian daripada matlamat Perdana Menteri, Prayuth Chan Ocha untuk meningkatkan ekonomi negara yang mana perkembangannya terbantut berbanding negara-negara jiran yang lain selepas berlakunya peralihan kuasa ketenteraan tiga tahun lalu.

Ia juga merupakan komponen utama untuk rancacangan pelaburan sebanyak 1.5 trillion baht di antara 2017-2021 bagi membangunkan kawasan pinggir laut di sebelah selatan Thailand.

Selain lapangan terbang, pelan Koridor Ekonomi Selatan merancang untuk melabur AS$4.5 bilion bagi projek rel berkelajuan tinggi, AS$11.5 bilion bagi bandar baharu dan AS$14 bilion bagi industri.

Kerajaan akan mengawal dan menyenggara lapangan terbang dan pelabuhan. Projek-projek lain akan dilakukan melalui usahasama kerajaan-swasta ataupun swasta sahaja.-MalaysiaGazette