WASHINGTON – Setiausaha Pertahanan James Mattis mendakwa plot Iran untuk membunuh Duta Arab Saudi ke Washington, Adel Al-Jubeir adalah “operasi yang diluluskan di peringkat tertinggi.”
Jubeir, yang kini berkhidmat sebagai Menteri Luar Aab Saudi, telah menjadi sasaran cubaan membunuh pada tahun 2011 tetapi gagal.
“Mereka (Iran) tidak melihat kepentingan rakyat mereka.
“Anda punca kepada revolusi ini yang kemudian menyebabkan mereka melakukan kerosakan di mana-mana sahaja, termasuk cuba membunuh Duta Arab kurang daripada dua batu dari White House beberapa tahun yang lalu.
“Saya telah berjumpa dengan perisikan. Ini bukan satu ejen penyangak. Ini adalah satu operasi yang diluluskan di peringkat tertinggi,” Mattis memberitahu CBS dalam rancangan Face the Nation.
Iran dipercayai telah terlibat dalam beberapa percubaan pembunuhan terhadap diplomat Arab Saudi antara tahun 1989-1990 termasuk pembunuhan empat diplomat Arab Saudi di Thailand: Abdullah Al-Maliki, Abdullah Al-Basri, Fahd Al-baka dan Ahmad Al-Saif.
Pada tahun 2011, rejim Iran juga dilaporkan terlibat dalam pembunuhan diplomat Arab Saudi Hassan Al-Qahtani di Karachi.
Pada 2016, ada percubaan untuk membunuh Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Teluk Arab di Kementerian Luar Hal Ehwal, Thamer Al-Asbahan apabila beliau menjadi duta ke Iraq. – MalaysiaGazette