Pasukan paramedik memberi bantuan kepada seorang mangsa yang cedera ketika menyelamatkan diri. foto Agensi

MANILA – Polis telah mengambil kawalan keseluruhan Resorts World Manila di sini selepas seorang lelaki bertopeng dengan senjata api menyerang sebuah kasino.

“Lelaki itu telah mati,” kata polis.

Lelaki yang bertindak bersendirian itu, dipercayai cuba melakukan rompakan.

Adalah dipercayai dia bertindak bersendirian dan telah mengadakan rompakan, kata polis.

Resort World Manila itu telah ditutup sejurus insiden yang berlaku awal pagi tadi.

Beberapa orang dilaporkan cedera selepas keluar dari hotel dalam keadaan panik.

Ketua Polis Filipina, Ronald dela Rosa berkata, lelaki itu telah memasuki kawasan permainan di resort berkenaan dan menembak sebuah televisyen serta menuang minyak gasolin ke atas meja judi dan kemudian menyalakan api.

Suspek telah memenuhkan sebuah beg dengan cip-cip judi.

Ronald berkata: “Kami tidak boleh kata ia adalah pengganas…dia (lelaki) tidak mencederakan sesiapa”.

Katanya tidak ada pengunjung ditembak dan hanya berlaku kecederaan di sebabkan asap atau rempuhan selepas orang ramai juga menyelamatkan diri. – MalaysiaGazette