JOHOR BAHRU – Kebiasaannya pau berbentuk bulat dan berwarna putih tetapi pau kini dijual dalam pelbagai bentuk dan inti sekali gus menarik perhatian pelanggan.
Pau berbentuk ayam, cendawan, cili dan kacang tanah ternyata menjadi antara pilihan orang ramai di Bazaar Ramadan Taman Suria di sini.
Pau yang dijual seorang pekerja swasta, Syed Mohamad Darwis Ahmat dan rakan-rakannya itu sememangnya mempunyai reka bentuk yang unik dan comel.
“Pau berbentuk ayam berintikan ayam black pepper, pau cili berintikan ikan bilis sambal, pau kacang tanah berintikan kacang tumbuk dan cendawan pula berintikan sos carbonara bersama ayam dan cendawan,” katanya.
Tambahnya, biarpun pertama kali menjual pau tersebut di bazar ramadan di bandar raya ini, pau tersebut mendapat sambutan dengan lebih 1,200 biji dijual setiap hari membabitkan tiga lokasi lain bazar.
Beliau berkata, selain bazar di Taman Suria, pau pelbagan bentuk itu turut dijual di ramadhan ini pau tersebut dijual di empat Bazar Ramadan di Angsana, Kipmart Tampoi dan @mart Kempas. – MalaysiaGazette.