KUALA LUMPUR – Pegawai polis yang ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dahi di IPD Pasir Puteh semalam, pernah memaklumkan hasratnya untuk bersara akibat tekanan kerja.
Dalam pertemuan terakhir antara Allahyarham Ahmad Al-Syamir, 29, dengan ibunya, Noraida Jalalludin, 55, pegawai yang baru empat bulan bertugas itu memaklumkan perkara tersebut dalam keadaan murung.
“Apabila ditanya dia memaklumkan tertekan dengan tugas dan mahu berhenti kerja tetapi kami menasihatkan supaya dia berfikir dahulu sebelum melakukan tindakan.
“Selepas kembali bertugas di IPD Pasir Puteh, saya ada berhubung dengan Syamir kira-kira jam 7 malam.
“Menerusi perbualan telefon itu, dia hanya memaklumkan perkara sama sehingga saya tidak lena tidur, dan saya cuba hubungi dia pada jam 11 malam serta 4 pagi tetapi gagal sebelum dimaklumkan oleh pihak polis mengenai kejadian,” kata Noraida, memetik laporan Harian Metro.
Walau bagaimanapun, Noraida berkata, beliau dan suaminya redha dengan pemergian mangsa namun berharap satu siasatan terperinci dibuat berhubung kematian anaknya.- MalaysiaGazette