Suasana pilu di tempat kejadian yang melibatkan kemalangan sebuah van membawa anak-anak tahfiz menyebabkan tujuh maut. Gambar sumber media sosial

KUALA KRAI – Jumlah korban kemalangan membabitkan van Maahad Tahfiz Al-Hashimi di Kampung Telekong bertambah menjadi tujuh orang apabila seorang lagi pelajar meninggal dunia kira-kira pukul 3.50 petang ini.

Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17, yang berasal dari Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai.

Mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi tersebut ialah:

  1. Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18.
  2. Muhamad Rahman Rozali, 17
  3. Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16
  4. Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14.
  5. Sarifuddin Muhammad, 14, (warga Thailand)
  6. Ahmad Farhan Zulkifli, 14. (meninggal dunia di Hospital Kuala Krai).

RUJUK:Van maahad tahfiz rempuh rumah, 5 maut, 9 parah

RUJUK:Tragedi van maahad tahfiz: Jumlah korban meningkat enam orang

  • MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast