Gambar hiasan

BEIJING – Sebuah bas sekolah yang terbakar di China, mengorbankan 11 mangsa dipercayai disengajakan oleh pemandunya.

Dalam tragedi itu enam kanak-kanak warga China dan lima dari Korea Selatan maut.

Ketika kejadian itu, kanak-kanak yang berusia antara tiga dan tujuh tahun sedang dibawa ke tadika di bandar Weihai.

Guru dan pemandu bas juga mati. Bas berkenaan terbakar dalam terowong.

Kebakaran bermula dari tingkat bawah berhampiran tempat duduk pemandu. Pemetik api dan kesan petrol yang ditemui di dalam bas, kata Xinhua.

Bagaimanapun, masalah elektrik dan kemalangan juga disiasat sebagai punca kemalangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast