Zhi Min Soh, foto TheScottishSun

PUTRAJAYA – Jenazah pelajar perubatan Malaysia di Universiti Edinburgh, Scotland, Zhi Min Soh, yang maut dalam kemalangan pada 31 Mei lepas akan dibawa pulang dalam masa terdekat, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

KPT dalam kenyataan hari ini berkata urusan membawa pulang jenazah sedang diusahakan oleh Education Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), polis, hospital dan Universiti Edinburgh.

Menurutnya, keluarga mendiang telah dihubungi bagi memaklumkan kejadian tersebut.

Menurut laporan media, nahas berlaku pada 8.30 pagi apabila roda basikal yang ditunggang Zhi, 23, tersangkut pada laluan trem di tengah bandar Edinburgh sebelum terjatuh ke laluan kenderaan utama dan dirempuh oleh bas pelancong.

Zhi yang merupakan pelajar tahun empat tajaan JPA dilaporkan meninggal dunia di Hospital Edinburgh Royal Infirmary akibat kecederaan yang teruk.

Sehubungan itu, KPT mengingatkan pelajar Malaysia supaya sentiasa berhati-hati, mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan terutamanya ketika memandu dan menguruskan pergerakan seharian.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast